CBP hendaklah dilevi dan dikenakan ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan
yang dibuat dalam menjalankan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP
juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar.
Pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukanlah pembekalan bercukai.
CBP akan dilevi dan dikenakan pada nilai pembekalan.
CBP hanya boleh untuk dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu didaftarkan di
bawah CBP. Sebuah perniagaan tidak perlu didaftarkan jika nilai pusingan untuk
pembekalan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu,
perniagaan itu tidak boleh mengena dan memungut CBP ke atas pembekalan
barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk didaftarkan secara sukarela.