Pembekalan yang dibuat oleh Kerajaan secara umumnya dianggap sebagai pembekalan
di luar skop. Tiada CBP akan dikenakan ke atas pembekalan yang dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti perkhidmatan penjagaan
kesihatan yang disediakan oleh hospital dan klinik, perkhidmatan pendidikan
untuk sekolah rendah dan menengah termasuk pendidikan tinggi, pengeluaran
pasport oleh Jabatan Imigresen, pengeluaran lesen dan permit oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan dan lain-lain.
Rasional:
- Untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan objektif ekonomi Kerajaan.
- Untuk mengekalkan status quo pada penyediaan perkhidmatan Kerajaan.
Pembekalan kerajaan tertakluk kepada CBP
Pembekalan tertentu seperti bekalan air oleh Kerajaan Negeri dan perkhidmatan
pengiklanan oleh RTM akan tertakluk kepada CBP kerana sifat komersial
perkhidmatan ini.
Pembekalan oleh badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan
Pembekalan yang dibuat oleh Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan akan
tertakluk kepada CBP kecuali pembekalan berkenaan berbentuk pengawalseliaan dan
penguatkuasaan seperti mengeluarkan lesen dan permit dan sebagainya.