CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam
menjalankan atau meneruskan perniagaan
di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan ke atas nilai pembekalan.
CBP hanya boleh dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu berdaftar. Sesuatu perniagaan tidak
bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan
itu tidak boleh mengenakan dan memungut CBP atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka.
Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.
Hampir semua negara mengenakan cukai pendapatan iaitu peratusan daripada pendapatan individu
atau keuntungan perniagaan. Kerajaan juga boleh
mendapatkan hasil dengan mengenakan cukai ke atas pengilangan atau jualan barang
seperti cukai jualan dan duti eksais. CBP adalah salah satu kaedah memungut
cukai yang lebih baik daripada yang lain.