CBP dicadang untuk menggantikan cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).
Pengenalan CBP adalah sebahagian daripada pembaharuan cukai Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem percukaian sedia ada.
CBP telah dibuktikan satu sistem cukai yang lebih baik kerana ia lebih berkesan, cekap, telus dan mesra perniagaan dan boleh
merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing dalam pasaran global.
CBP berkebolehan menjana sumber hasil yang lebih stabil kepada negara kerana ia kurang dipengaruhi turun naik ekonomi.
Adalah penting untuk menggantikan SST sedia ada dalam usaha untuk mengatasi kelemahan yang wujud seperti cukai berperingkat,
bertindih, pemindahan harga dan nilai pindah, tiada pelepasan lengkap barang dieksport, menggalakkan integrasi menegak,
kerenah birokrasi pentadbiran, isu-isu klasifikasi dan lain-lain.
Pelbagai manfaat bahawa CBP boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
-
Meningkatkan taraf hidup
Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi
kesihatan,
infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
-
Mengurangkan kos perniagaan
Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai
di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih).
Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input
atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan
kos menjalankan perniagaan.
-
Pembangunan negara
CBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek
pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
-
Keadilan dan kesaksamaan
CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di
peringkat pengilangan, pemborong,
peruncit atau di sektor perkhidmatan.
-
Meningkatkan sistem penyampaian
CBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh
mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi
tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
-
Meningkatkan daya saing global
Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana
tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan
semula di sepanjang rantaian pembekalan.
Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk
lebih maju.
-
Meningkatkan pematuhan
SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme
yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing)
dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
-
Mengurangkan kerenah birokrasi
SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan
pengecualian khas untuk harta alih.
Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke
atas input dalam penyata mereka.
-
Harga adil kepada pengguna
CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih
berpatutan bagi
kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
-
Lebih telus
CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau
perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.