Ini adalah bekalan yang dikenakan cukai yang tertakluk kepada kadar sifar.
Perniagaan adalah layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperolehi
bekalan ini, dan mengenakan CBP pada sifar kadar kepada pengguna
Bagaimana CBP berfungsi pada bekalan berkadar sifar:
Bagaimana CBP berfungsi di peringkat pemborong pada pembekalan berkadar sifar:
Pengiraan CBP di semua peringkat rantaian untuk pembekalan berkadar sifar:
Tingkat Pembekalan
|
Harga Jualan (termasuk CBP 4%) |
Bayaran pada Kerajaan |
Pemborong |
Harga Jualan = RM100.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM100.00 |
CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00 |
Peruncit |
Harga Jualan = RM125.00
CBP = RM0.00
Jumlah Harga Jualan = RM125.00 |
CBP dipungut = RM0.00
Tolak: CBP dibayar =RM0.00
CBP dibayar = RM0.00 |
Nota:
-
Dalam contoh di atas, pembekalan oleh pemborong adalah pembekalan berkadar
sifar. Tiada CBP dikutip oleh pemborong pada jualan kepada pengguna tetapi
dia berhak untuk menuntut semua CBP input ke atas overhead, jentera dan
pembungkusan.
-
Bagaimanapun, bagi ilustrasi di atas, input lain diabaikan. Harga
akhir pengguna perlu membayar RM125.00 (tiada CBP).