Umumnya, setiap orang kena cukai hendaklah mengakaun CBP berdasarkan
perakaunan pada asas terakru (invois) iaitu setiap cukai output dan cukai input
perlu diakaun dan dituntut berdasarkan pada masa invois dikeluarkan atau
diterima.
Walau bagaimanapun terdapat kategori orang kena cukai dibenarkan mengguna
perakaunan pada asas bayaran (tunai). Kemudahan ini boleh diberi kepada
perniagaan yang menjalankan aktiviti mereka hanya dengan asas bayaran tunai.
Setiap rekod perniagaan dan perakaunan yang berkaitan dengan transaksi CBP
perlu disimpan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam tempoh tujuh (7)
tahun.
Senarai Syarikat Pembekal Perisian Perakaunan GST yang mendapat pengesahan JKDM adalah seperti berikut ...
klik di sini