Kajian semula dan rayuan
Mana-mana individu yang terkilan dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh
pegawai CBP boleh memohon untuk kajian semula dan semakan keputusan kepada Ketua
Pengarah dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan keputusan itu. Dia juga
boleh membuat rayuan terus kepada Tribunal dalam tempoh 30 hari dari tarikh
keputusan yang dipertikaikan.
Kes rayuan boleh dibentangkan oleh pembayar cukai sendiri atau mana-mana
individu yang beliau lantik. Prosiding perbicaraan akan dijalankan secara
tertutup melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk perbicaraan secara terbuka.