Penyata CBP hendaklah dikemukakan ke pejabat CBP tidak lewat daripada hari terakhir bulan berikutnya selepas berakhirnya tempoh bercukai.
Tempoh bercukai adalah selang masa yang tetap yang mana orang kena cukai adalah bertanggungan untuk mengakaun dan membayar CBP kepada kerajaan. Tempoh bercukai standard adalah setiap suku tahun. Walau bagaimanapun orang berdaftar boleh memohon untuk diberikan tempoh bercukai yang lain (bulanan atau 6 bulan) berdasarkan syarat-syarat berikut:
Kategori |
Tempoh |
Syarat-syarat |
Tempoh bercukai standard |
Tiga bulan |
- Perolehan bercukai tidak melebihi RM5 juta million
|
Tempoh bercukai tidak
standard |
Satu bulan |
- Perolehan
bercukai melebihi RM5 juta
- Atas permintaan dan tertakluk kepada kelulusan
|
Enam bulan |
|
Mekanisma kredit cukai input
Hanya perniagaan yang berdaftar CBP boleh mengenakan dan memungut CBP.
Perniagaan ini dibenarkan untuk menuntut apa-apa amaun CBP yang telah dibayar
untuk input perniagaan secara ‘offset’ terhadap cukai output.
- Lebihan cukai output hendaklah dibayar kepada kerajaan dalam
tempoh yang ditetapkan.
- Di dalam keadaan jumlah cukai input tidak boleh diperolehi secara
keseluruhan, perniagaan tersebut boleh membuat tuntutan bayar balik dari
kerajaan.
Nota:
- Tempoh masa maksima cukai input itu boleh dituntut adalah enam tahun
dari tarikh pembekalan.
- Kredit cukai input tidak boleh dituntut ke atas input disekat seperti
CBP dibayar ke atas motokar penumpang, yuran kelab, premium insuran
perubatan dan kemalangan peribadi, perbelanjaan perubatan, faedah keluarga,
perbelanjaan hiburan kepada seseorang selain daripada pekerja.
- Kaedah pengagihan perlu digunakan apabila orang kena cukai yang membuat
pembekalan bercampur.