Navigate Up
Sign In
TEMA



SAIZ
TEKS



Jenis-Jenis Bekalan
Kemaskini : 16/2/2013 0:22

Pembekalan berkadar standard 

  • Pembekalan berkadar standard adalah pembekalan bercukai barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada CBP pada kadar standard. Orang kena cukai yang berdaftar di bawah CBP perlu memungut CBP pada pembekalan dan layak untuk menuntut kredit cukai input atas input perniagaan dalam membuat pembekalan bercukai.

Pembekalan berkadar sifar 

  • Pembekalan berkadar sifar adalah pembekalan barang dan perkhidmatan yang tertakluk kepada CBP pada kadar sifar. Dalam hal ini, perniagaan tidak memungut apa-apa CBP pada pembekalan mereka tetapi berhak untuk menuntut kredit cukai input yang dikenakan dalam menjalankan perniagaan.

Pembekalan dikecualikan  

  • Pembekalan dikecualikan adalah pembekalan barang atau perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada CBP. Dalam konteks ini, perniagaan tidak memungut apa-apa CBP pada pembekalan mereka dan tidak berhak untuk menuntut kredit cukai input perniagaan.

Pembekalan yang tidak termasuk dalam skop CBP

  • Pembekalan yang tidak termasuk dalam peruntukan Akta CBP termasuk transaksi bukan perniagaan, jualan barang dari suatu tempat di luar Malaysia ke tempat lain di luar Malaysia serta perkhidmatan yang disediakan oleh sektor Kerajaan.  

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768
Hak Cipta Terperlihara © 2012, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.