Kajian kami menunjukkan bahawa akan terdapat pengurangan kos perniagaan disebabkan:
- CBP yang dibayar ke atas input boleh dituntut semula;
- pengeksportan adalah berkadar sifar;
- cukai input tidak dipadankan dengan cukai output; dan
- kewujudan skim khas bagi mengurangkan kesan aliran tunai.
Perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai yang melebihi nilai ambang RM500,000 dikehendaki untuk mendaftar secara mandatori. Walau bagaimanapun, perniagaan yang tidak mencapai nilai ambang tersebut masih boleh mendaftar secara sukarela.
Ya, pendaftaran secara atas talian adalah digalakkan.
Melalui pendaftaran secara manual atau atas talian.
-
memohon secara elektronik melalui laman web GST.
-
memohon di kiosk pendaftaran yang terdapat di mana-mana stesen Kastam; atau
-
penghantaran manual secara pos.
Langkah-langkah berikut telah diambil bagi menangani pemalsuan tuntutan kredit cukai input:
-
membangunkan satu sistem pengurusan risiko yang komprehensif;
-
menggunakan tax performance ratio bagi mengenalpasti peniaga yang menyeleweng;
-
menggunakan computerised auditing technique dan forensic tools;
-
audit meja, audit pematuhan dan audit pulangbalik untuk memantau pemalsuan tuntutan kredit cukai input;
-
maklumat daripada orang awam dan peniaga; dan
-
pertukaran maklumat dengan lain-lain agensi Kerajaan.
Kerajaan akan membantu PKS dengan mengurangkan kos pematuhan yang terlibat.
Kerajaan akan menyediakan latihan dan pendidikan secara percuma serta membantu PKS dalam memperolehi perisian asas yang diperlukan untuk pelaksanaan CBP.
Orang berdaftar CBP dikehendaki untuk mengemukakan penyata secara berkala dan membayar cukai kepada Kerajaan.
Pasukan Audit CBP akan menjalankan audit ke atas orang berdaftar secara berkala dan apabila diperlukan.
Selain itu, sistem penilaian risiko CBP akan menghantar amaran berkenaan orang berdaftar yang berisiko tinggi, tuntutan cukai input atau pembayaran yang dicurigai.
Pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
- membangunkan satu sistem pengurusan risiko yang komprehensif;
- menggunakan tax performance ratio bagi mengenalpasti peniaga yang berhasrat untuk mengelak dari membayar CBP;
- menyediakan senarai pengeksport utama untuk menangani tuntutan kredit cukai input yang berkaitan dengan pengeksportan palsu;
- menggunakan computerised auditing technique dan forensic tools
- mengadakan auditan bersama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri; dan
- mewujudkan unit large taxpayer.
Pelaksanaan CBP hanya boleh memberi kesan terhadap perniagaan-perniagaan kecil seperti pengendali pasar malam sekiranya perolehan tahunan mereka melebihi nilai ambang yang ditetapkan yang mengkehendaki mereka untuk berdaftar di bawah CBP.