Kerajaan telah menjalankan kajian impak sosial yang menunjukkan bahawa kemungkinan besar pengguna akan menanggung sedikit penambahan kepada bebanan cukai bergantung kepada corak perbelanjaan pengguna serta kadar CBP yang akan ditetapkan. Untuk meringankan tambahan bebanan cukai, pakej bantuan cukai dan bukan cukai (tax and non-tax package) mungkin diberi. Walau bagaimanapun, barang-barang makanan asas seperti beras, ayam, daging, sayuran, tepung, minyak masak, gula, hartanah pertanian dan rumah kediaman, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan adalah tidak dikenakan CBP.
Tujuan memperkenalkan CBP adalah untuk mewujudkan sistem percukaian lebih efektif, efisyen, telus, mesra peniaga dan berkemampuan menjana suatu hasil yang stabil. Dalam pembentukan model CBP, Kerajaan amat prihatin supaya ianya tidak membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan. Oleh itu, kebanyakan barang dan perkhidmatan yang asas dan perlu kepada golongan tersebut telah dicadang untuk tidak dikenakan CBP.
Halangan yang pertama adalah cukai bukan satu topik yang popular dan secara amnya tidak semua orang suka dikenakan cukai atau perkataan “cukai” merupakan satu perkataan yang dipantangi oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, kerajaan di seluruh dunia perlu mengenakan cukai untuk mendapatkan hasil bagi membolehkan keperluan sosial rakyat (infrastruktur, kesihatan dan pendidikan), pertumbuhan industri yang membawa kepada peluang-peluang pekerjaan, keperluan sekuriti dan sebagainya diberi. Rakyat sukar untuk menerima CBP kerana kurang pengetahuan berkenaan CBP dan bagaimana CBP memberi manfaat kepada mereka
Halangan kedua adalah tahap pengetahuan berhubung CBP. Bukan mudah untuk mendidik pengguna berhubung CBP kerana apabila disebut bahawa CBP adalah satu bentuk cukai, kebiasaannya anda akan berhadapan dengan tentangan. Oleh itu, CBP serta manfaatnya hendaklah diterangkan secara berterusan kepada rakyat untuk mengelak atau menghapuskan apa-apa tanggapan atau gambaran salah yang dimaklumkan kepada mereka berkenaan CBP. Ke arah itu, Kerajaan menekankan bahawa adalah penting rakyat memahami CBP sebelum ianya dilaksanakan. Kini rakyat tidak sedar bahawa CBP akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa. Malahan, orang ramai juga tidak sedar bahawa mereka sedang membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas kebanyakan barang dan perkhidmatan kerana ia adalah cukai seperingkat.
Pada masa ini, 12 juta tenaga kerja itu telahpun membayar cukai dalam bentuk cukai pendapatan dan SST, atau SST sahaja. CBP bukan merupakan satu cukai baru, ia hanya menggantikan cukai kepenggunaan semasa yang terdiri daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Oleh itu, isu 12 juta tenaga kerja terpaksa membayar cukai tidak wujud.
Peningkatan hasil di bawah CBP berbanding dengan SST adalah disebabkan:
- asas percukaian yang lebih luas;
- peningkatan dalam tahap pematuhan (compliance); dan
- kutipan hasil yang lebih efisyen.
Akibat asas percukaian yang lebih luas, kemungkinan besar pengguna akan menanggung tambahan bebanan cukai bergantung kepada corak perbelanjaan pengguna serta kadar CBP yang akan ditetapkan. Walau pun begitu, pakej bantuan cukai dan bukan cukai (tax and non-tax package) yang mungkin diberi dapat meringankan tambahan bebanan cukai.
Secara prinsipnya, kenyataan tersebut adalah tidak betul. Ini adalah kerana, CBP adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat rantaian pembekalan. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian pembekalan, peniaga boleh menuntut semula CBP yang dikenakan ke atas input. Mekanisme tersebut bermakna pengguna akhir pada hanya membayar CBP pada kadar
6% dan bukannya 24%.
Mekanisme pengiraan CBP adalah seperti berikut:
Jadual di bawah menunjukkan contoh pengiraan CBP pada setiap peringkat
rantaian pembekalan pada kadar CBP 6% dan margin keuntungan 20%:
|
(1)Kos |
(2)Cukai Output |
(3)Cukai Input |
(4)Cukai Dibayar(2) – (3) |
(5)Harga Jualan(1) + (2) |
Pengilang |
RM50 |
RM3.50 |
- |
RM3.00 |
RM53.00 |
Pemborong |
RM60(RM50+20% margin) |
RM3.60 |
RM3.00 |
RM0.60 |
RM63.60 |
Peruncit |
RM72(RM60+20% margin) |
RM4.32 |
RM3.60 |
RM0.72 |
RM76.32 |
Jumlah CBP yang dikutip oleh Kerajaan = RM3.00 + RM0.60 + RM0.72 = RM4.32
CBP akan dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan bermula daripada peringkat pengilangan sehingga peringkat akhir iaitu pengguna.
Mekanisme pengiraan adalah seperti berikut:
Peringkat pengilang:
- Menjual kepada pemborong pada harga RM50 pada kadar CBP 6%.
- CBP penjualan yang perlu dibayar kepada Kerajaan adalah RM3.00 (RM50 x
6%).
- Harga jualan kepada pemborong adalah RM53.00 (RM50 + RM3.00).
Peringkat pemborong:
- Pemborong membeli dari pengilang pada harga RM53.00 (RM50 + RM3.00 CBP).
- RM3.00 adalah cukai input kepada pemborong.
- Pemborong menjual kepada peruncit pada harga RM60 pada kadar cukai CBP
6%.
- Harga jualan kepada peruncit adalah adalah RM63.60 (RM60 + RM3.60 CBP).
- RM3.60 adalah cukai output ke atas jualan pemborong.
- Setelah membuat offset antara cukai output RM3.60 dengan cukai input RM3.00, CBP yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata CBP adalah RM0.60 (RM3.60 - RM3.00)
Peringkat peruncit:
- Membeli dari pemborong pada harga RM63.60 (RM60 + RM3.60 CBP).
- RM3.60 adalah cukai input kepada peruncit.
- Menjual kepada pengguna pada harga RM72 pada kadar cukai CBP
6%.
- Harga jualan kepada peruncit adalah RM76.32 (RM72 + RM4.32 CBP).
- RM4.32adalah cukai output keatas jualan peruncit.
- Setelah membuat offset antara cukai output RM4.32 dengan cukai input RM3.60, CBP yang perlu dibayar kepada Kerajaan di dalam penyata CBP adalah RM0.72 (RM4.32 - RM3.60)
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi
memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan
GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan
membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah
yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan
penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan
Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai
penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga
mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti
yang lebih berat akan dikenakan.
Pendidikan cukai harus diberikan secara berterusan kepada rakyat. Cukai merupakan sumber hasil negara bagi tujuan pembangunan. Kerajaan akhirnya akan mengembalikan hasil yang dipungut kepada rakyat dalam bentuk sekuriti, kesihatan, pendidikan dan memperbaiki taraf kehidupan. Falsafah membayar cukai perlu disemai di kalangan rakyat, khususnya kepada generasi muda bagaimana pentingnya menyumbang kepada pembangunan negara.
Model CBP mengambil kira kepentingan golongan berpendapatan rendah dengan memastikan barang dan perkhidmatan asas tidak tertakluk kepada CBP. Sebagai satu sistem percukaian yang lebih efisyen dan efektif, ia akan memacu pertumbuhan ekonomi dan ini akan memanfaatkan rakyat dalam bentuk lebih peluang pekerjaan dan taraf hidup yang lebih tinggi. Oleh itu, CBP janganlah dilihat dari segi kenaikan harga sahaja, tetapi sebagai suatu pakej total yang akan memberi manfaat kepada rakyat, peniaga dan negara.
Pada masa ini, rakyat tidak sedar bahawa harga barang dan perkhidmatan adalah termasuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dengan CBP, peniaga harus mengkaji semula harga jualan untuk mengeluarkan elemen cukai jualan dan cukai perkhidmatan dari harga jualan. Peniaga dan pengguna telahpun dimaklumkan perkara ini melalui program kesedaran.
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan penjimatan di peringkat peniaga disalurkan kepada pengguna:
- menguatkuasa sepenuhnya peruntukan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011. Akta tersebut memberi kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau dan mengawal sebarang kenaikan harga yang disebabkan keuntungan berlebihan.
- mengedar Panduan Harga Pengguna tiga bulan sebelum dan selepas pelaksanaan CBP yang menunjukkan anggaran harga barang dan perkhidmatan dari segi peratusan kenaikan atau penurunan yang dijangka. Panduan Harga Pengguna ini dapat membantu rakyat melaksanakan hak mereka sebagai pengguna; dan
- berkerjasama dengan pasaraya besar supaya mereka menjadi penentu harga (price setter) barang.
Layanan untuk mengecualikan rumah kediaman adalah untuk mengurangkan bebanan cukai kerana rumah merupakan keperluan asas kepada rakyat. Layanan ini melengkapkan inisiatif Kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik kepada mereka yang berkelayakan khususnya golongan berpendapatan rendah. Ini akan memberi kesan yang lebih minimum berbanding dengan keadaan di mana CBP dikenakan pada kadar standard ke atas rumah kediaman. Harga rumah kediaman terutamanya di bandar-bandar utama adalah sangat tinggi yang mana antara sebabnya adalah oleh kerana pembekalan yang terhad. Oleh itu, CBP tidak seharusnya dijadikan sebagai satu alasan untuk sebarang kenaikan harga.
Orang ramai tidak seharusnya bimbang tentang CBP. Pertama, ia adalah satu bentuk cukai kepenggunaan yang telah dilaksanakan oleh lebih daripada 160 buah negara di dunia sama ada negara maju, membangun atau kurang maju. Kedua, bagi Malaysia, CBP akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada yang terdiri daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang didapati kurang berkesan, kurang cekap, kurang mesra peniaga dan kurang telus. Sebagai cukai kepenggunaan, ia hanya ditanggung oleh orang biasa hanya apabila barang atau perkhidmatan itu digunakan. Jika penggunaan tidak berlaku, CBP tidak perlu dibayar.
Orang ramai mungkin tidak sedar bahawa pada masa ini cukai jualan pada kadar 5% atau 10% sudah termasuk dalam harga yang mereka bayar untuk kebanyakan barang contohnya barang elektrik, pakaian, kasut dan perkakasan rumah memandangkan cukai jualan dikenakan di peringkat pengilangan atau semasa import. Apabila barang sampai kepada pengguna, cukai jualan yang dibayar pada peringkat pengilangan akan melimpah ke dalam harga jualan di setiap peringkat rantaian pembekalan. CBP, tidak seperti cukai jualan atau cukai perkhidmatan, adalah cukai kepenggunaan berperingkat yang akan dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan. Pada setiap peringkat rantaian pembekalan, peniaga akan dapat menuntut kembali CBP yang dibayar ke atas barang dan perkhidmatan yang diperolehi bagi tujuan perniagaan mereka dan dengan itu menghapuskan kesan cukai bertindih yang dialami di bawah cukai kepenggunaan semasa. Oleh itu, seharusnya terdapat penurunan harga barang yang tertakluk kepada cukai jualan. Pengguna juga sepatutnya di dalam keadaan yang lebih baik kerana sesetengah barang-barang asas seperti beras, sayur, minyak masak dan ikan adalah tidak tertakluk kepada CBP. Bagaimanapun, kemungkinan akan terdapat kenaikan harga kepada sesetengah barang atau perkhidmatan yang pada masa ini tidak tertakluk kepada cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Kenaikan itu seharusnya tidak melebihi kadar CBP yang dicadangkan oleh Kerajaan kerana peniaga boleh menuntut balik CBP yang dibayar ke atas pembelian.
Langkah yang telah diambil untuk meningkatkan kefahaman rakyat bahawa pada masa ini mereka membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan adalah seperti berikut:
- program kesedaran secara berterusan kepada pengguna seperti konsultasi awam, forum dan seminar;
- mempertingkatkan aktiviti publisiti melalui media utama dan media sosial;
- memuatnaik maklumat untuk pengguna di dalam Portal CBP;
- bekerjasama dengan persatuan pengguna untuk meningkatkan kefahaman pengguna; dan
- Roadshow di kompleks membeli belah, sekolah, pusat komuniti dan lain-lain tempat awam.
Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975.
Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada 10%.
Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya.
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai
Negara |
CBP Dilaksanakan (Tahun) |
Kenaikan Kadar (Tahun) |
Australia |
1999 |
10% (tiada kenaikan selepas 12 tahun) |
Jepun |
1989 |
5% (tiada kenaikan selepas 25 tahun) |
Singapura |
1994 |
3%(tiada kenaikan selepas 9 tahun)
4% (2003)
5% (2004)
7% (2007 hingga sekarang) |
Daripada 160 buah negara yang telah melaksanakan CBP, hanya 12 negara telah mengurangkan kadar CBP manakala 55 buah negara yang lain pula telah meningkatkan kadar CBP sejak pelaksanaannya.
Kadar purata ialah 16.9%, kadar yang paling rendah ialah 5% (Jepun, Nigeria, Taiwan, Iran, Kanada) dan kadar yang paling tinggi ialah 27% (Hungary).
Harga yang tertera adalah termasuk unsur CBP.
Dasar Kerajaan dalam memberikan subsidi adalah perkara yang berasingan daripada pelaksanaan CBP.
Kos perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak akan meningkat dengan ketara kerana layanan CBP ke atas perkhidmatan pendidikan dan kesihatan adalah lebih kurang sama dengan layanan semasa di bawah SST.
Skop percukaian diperluaskan supaya lebih ramai orang menyumbang hasil untuk pembangunan negara. Dengan perluasan skop pengenaan, kadar GST dapat ditetapkan pada kadar yang lebih rendah.
Walaupun lebih banyak perbelanjaan dicukai, model GST yang dicadangkan mengambil kira kepentingan golongan berpendapatan rendah dengan tidak mengenakan GST ke atas barang keperluan asas, rumah kediaman dan pengangkutan awam.
Kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan mendapati bahawa, di bawah GST golongan berpendapatan RM2,000 ke bawah akan membelanjakan sebanyak RM51.89 atau 2.59% sebagai perbelanjaan GST manakala mereka yang berpendapatan RM8,000 dijangka akan membelanjakan sebanyak RM242.16 atau 4.04% sebagai perbelanjaan GST daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM6,000.
Berdasarkan kepada kajian ini, didapati adalah tidak benar tanggapan bahawa golongan berpendapatan rendah membayar lebih berbanding golongan berpendapatan tinggi apabila GST dilaksanakan kelak. Malah golongan yang berpendapatan tinggi akan membayar lebih berbanding kumpulan berpendapatan rendah memandangkan perbelanjaan mereka adalah lebih besar bagi barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST. Ini membuktikan model GST yang dicadangkan adalah bersifat progresif.
GST adalah satu bentuk cukai kepenggunaan yang mana akhirnya ditanggung oleh pengguna. Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud bahawa pengguna tidak pernah membayar cukai ke atas kepenggunan atau perbelanjaan. Sebenarnya pada masa sekarang pengguna telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.
Di Malaysia, kos pematuhan GST dijangka tidak berapa tinggi. Ini adalah kerana kebanyakan bakal orang berdaftar di bawah GST merupakan pelesen di bawah SST dan mereka telah mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kakitangan untuk mengendalikan sistem percukaian.
Di samping itu, Kerajaan juga menyediakan pakej bantuan bukan cukai seperti berikut:
(i) geran latihan; dan
(ii) subisidi perisian perakaunan GST.
Kos-kos yang ditanggung oleh peniaga juga akan diberi bantuan cukai dari segi pengurangan cukai pendapatan korporat, penolakan cukai untuk yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai, serta perbelanjaan pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun Modal Dipercepatkan.
Pada dasarnya GST akan dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan dengan beberapa pengecualian. Walau bagaimanapun, impak ke atas Indeks Harga Pengguna (IHP) hanyalah sebanyak 1.8%. Ini disebabkan GST bukan merupakan cukai baru kerana pada masa sekarang sudah terdapat cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Oleh yang demikian, terdapat barang yang akan mengalami kenaikan, penurunan atau tidak ada perubahan pada harga.
Idea pelaksanaan GST bukanlah perkara baru. Sebenarnya usaha untuk memperkenalkan GST telah bermula sejak tahun 1980-an lagi. Pengenalan GST adalah merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula cukai oleh Kerajaan ke arah menjadikan sistem percukaian lebih cekap, berkesan, telus, mesra perniagaan dan berupaya menjana punca hasil yang stabil.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan, GST boleh mengatasi pelbagai kelemahan yang wujud di bawah SST iaitu:
(i) cukai bertindih;
(ii) isu pindahan harga dan pindahan nilai;
(iii) tiada pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barang yang dieksport;
(iv) tidak menggalakkan integrasi menegak; dan
(v) karenah birokrasi.
Walaupun terdapat pekerja yang tidak membayar cukai pendapatan, mereka masih membayar cukai dalam bentuk cukai kepenggunaan iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Bagi mereka yang tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah, bantuan tunai sebanyak RM300 akan diberi kepada penerima BR1M sedia ada.
Secara asasnya, semua GST yang dibayar sebagai contoh pembelian mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain input boleh dituntut semula oleh peniaga. Ini bermaksud GST bukan merupakan kos bagi perniagaan dan tidak boleh diambilkira dalam penetapan harga jualan. Bagi barang yang tidak dikenakan GST seperti beras, ini bermakna GST tidak dipungut langsung.
Sistem GST yang bakal dilaksanakan telah disesuaikan dengan keadaan sosio ekonomi. Ini dapat dilihat dari segi penetapan kadar, mengecualikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan asas dan juga memperkenalkan pelbagai jenis pakej bantuan. Tujuan utama kebanyakan negara melaksanakan GST adalah untuk mewujudkan sistem percukaian yang lebih baik dan efisien. GST telah terbukti sebagai satu sistem percukaian yang baik, dan sesuatu yang baik itu haruslah diteladani dan diamalkan. Daripada 160 buah negara yang telah melaksanakan GST didapati negara-negara tersebut tergolong dalam status negara berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Sekiranya GST bukannya satu sistem yang baik dan efisyen, pasti ada di antara negara-negara tersebut yang telah memansuhkannya.
Asas GST adalah lebih luas jika dibanding dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Ini bermakna kemungkinan pengguna perlu membayar GST ke atas barang atau perkhidmatan yang sebelum ini tidak dikenakan cukai jualan atau cukai perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kesan GST yang akan ditanggung adalah bergantung kepada corak perbelanjaan rakyat memandangkan terdapat pelbagai barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST.
Penetapan 200 kWh adalah berdasarkan penggunaan purata oleh golongan berpendapatan rendah di mana Kerajaan tidak berhasrat untuk membebankan golongan ini. Kebanyakan daripada mereka yang menggunakan elektrik yang melebihi 200kWh terdiri daripada golongan yang berkemampuan. Kenaikan tarif dan pengenaan GST adalah dua perkara yang berbeza. Apabila industri membayar GST ke atas elektrik, ianya boleh dituntut semula oleh industri dan tidak menjadi kos pada perniagaan.