Navigate Up
Sign In
TEMA



SAIZ
TEKS



Kertas Perbincangan
Kemaskini : 5/2/2014 9:28

Kertas perbincangan ini merupakan cadangan awal Panel Kajian Semula Cukai mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia. Cadangan ini menggariskan liputan dan pelaksanaan GST.

Panel Kajian Semula Cukai mempunyai tiga objektif dalam mengeluarkan kertas perbincangan ini. Pertama, ia bertujuan untuk perniagaan memahami keperluan pentadbiran dan prosedur asas apabila GST dilaksanakan supaya mereka mengetahui impak GST. Adalah diharapkan dengan pengetahuan GST, perniagaan boleh membuat persediaan kerana hampir setiap perniagaan di Malaysia akan terlibat dengan GST dan perlu membuat perancangan awal.

Objektif kedua, Panel Kajian Semula Cukai menjemput komuniti perdagangan dan organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan lain yang berkaitan untuk mengkaji cadangan-cadangan dalam kertas perbincangan ini. Komen dan cadangan akan dipertimbangkan untuk memastikan sistem GST yang baik akan dibangunkan sesuai dengan keperluan dan keadaan di Malaysia.

Objektif ketiga, dengan wujudnya konsultasi umum, ia menyediakan satu forum yang sesuai bagi pihak kerajaan dan swasta untuk bertukar-tukar pandangan dengan ahli-ahli Panel Kajian Semula Cukai untuk memahami rasional cadangan-cadangan yang dikemukakan.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768
Hak Cipta Terperlihara © 2012, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.