Bayaran balik boleh dituntut dengan cara/ mod berikut:
- Bayaran melalui kad kredit
- Bayaran tunai (terhad kepada RM300 sahaja)
- Bayaran melalui akaun bank
- Bayaran melalui cek bank
- Bayaran melalui deraf bank
SBBP adalah hanya untuk barangan yang dibawa keluar oleh pelancong apabila meninggalkan sesebuah Negara. SBBP tidak termasuk perkhidmatan (sewa kereta, penginapan, hiburan dan dsb.) atau barangan yang dimakan/ digunakan sebahagiannya di Malaysia, seperti minuman, coklat atau minyak wangi.
Inbois cukai mengandungi maklumat seperti nombor inbois, jumlah CBP yang dibayar, dan mempunyai semua bukti yang diperlukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk verifikasi jualan, mengidentifikasikan barangan yang dibeli dan membayar bayaran balik. Terdapat pengusaha Outlet Diluluskan yang menyediakan resit biasa sebagai inbois cukai mereka. Sekiranya berllaku keadaan sedemikian, pelancong perlu bertanya kepada pengusaha Outlet Diluluskan supaya mengemukakan inbois cukai apabila membuat pembelian. Inbois cukai mesti mengandungi maklumat berikut:
- Nombor inbois
- Harga barangan, termasuk CBP
- Perkataan inbois cukai dinyatakan dengan jelas
- Tarikh inbois cukai dikeluarkan
- Nama pengusaha Outlet Diluluskan
- Deskripsi setiap satu barangan yang dibeli
- Suatu penyata yang mempunyai persamaan dengan jumlah harga, termasuk CBP
Tidak ada ketetapan dibuat ke atas jumlah maksima yang dibenarkan tuntutan bayaran balik CBP
Para pelancong asing perlu mengemukakan:
- Inbois cukai asal atau resit (termasuk CBP) daripada pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan
- Pasport antarabangsa
- Pas penerbangan antarabangsa (boarding pass) atau lain-lain bukti pelancongan (travel)
- Barangan yang dibeli, sekiranya diminta oleh pegawai kastam (untuk membuktikan pelancong asing tersebut akan membawa barangan keluar dari Malaysia dan untuk mengesahkan barangan yang dibawa adalah barangan yangn dinyatakan dalam inbois cukai)
Untuk membolehkan seseorang pelancong menuntut bayaran balik CBP, barangan tersebut mesti dieksport sebagai bagasi diiringi/dibawa dengan tangan (accompanied baggage) atau bagasi tidak diiringi/ tidak dibawa dengan tangan/ diperiksa masuk (unaccompanied luggage) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembelian barang/barangan tersebut.
Barangan yang tidak boleh digunakan seperti pakaian, kamera dan jam tangan boleh digunakan. Barangan yang boleh digunakan seperti minuman, minyak wangi dan coklat tidak dihabiskan secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan ianya masih lagi dibungkus dengan kemas dalam bungkusan asal.
Tanpa mengambil kira bagaimana pelancong membuat pembelian, pelancong tersebut boleh memilih apa jua kaedah/mod pembayaran yang ada untuk menuntut bayaran balik CBP.
Ya. Para pelancong asing dibenarkan membuat tuntutan bayaran balik CBP setelah mereka sampai di negara asal mereka dengan syarat perlu mengepos borang bayaran balik yang telah diendos dalam tempoh 2 bulan dari tarikh diendos oleh JKDM.
Perbezaan di antara Kedai Bebas Cukai dan Outlet/ Kedai Diluluskan adalah seperti berikut:
- Pembelian Bebas Cukai hanya boleh dibuat dari Kedai Bebas Cukai yang terpilih di Lapangan Terbang Antarabangsa, Pelabuhan, Kedai Bebas Cukai Sempadan dan jenis (range) barangan yang dibekalkan adalah terhad
- Di bawah Skim Bayar Balik Pelancong, sebahagian barangan (pakaian) yang dibeli dari pengusaha Outlet Diluluskan boleh digunakan sebelum berlepas dan pelbagai barang yang dibenarkan adalah hampir tidak terhad
Waranti adalah sejenis perkhidmatan, bukan barangan yang boleh dieksport dari Malaysia. Oleh yang demikian waranti tidak layak bayaran balik di bawah SBBP.
Pemegang pas pelajar dianggap sebagai pelancong asing biasa dan dengan demikian mereka layak bayaran balik CBP di bawah Skim Bayar Balik Pelancong sekiranya mereka memenuhi semua syarat-syarat Skim Bayar Balik Pelancong.
Tidak boleh sekiranya meninggalkan Malaysia sebagai anak kapal dalam sesuatu penerbangan kerana tidak memenuhi syarat tidak boleh bekerja di Malaysia dalam tempoh 3 bulan sebelum berlepas dari Malaysia. Sekiranya krew cabin/ anak kapal melancong dan menaiki pesawat sebagai penumpang, anda layak membuat tuntutan dengan syarat memenuhi semua kehendak/keperluan lain di bawah SBBP.
Semua barangan berkadar standard adalah layak untuk bayaran balik CBP di bawah SBBP, kecuali barangan berikut:
- Wain, spirits, bir dan arak malt (malt liquor)
- Tembakau dan produk dari tembakau
- Barangan kemas, batu permata dan logam berharga
- Barangan yang digunakan/dihabiskan keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia (kecuali pakaian/ perlu menyimpan inbois cukai)
- Barangan larangan eksport di bawah mana-mana perundangan bertulis
- Barangan yang tidak dibawa keluar sebagai bagasi yang diiringi/ dibawa dengan tangan (accompanied luggage) atau bagasi yang tidak diiringi/ bagasi diperiksa masuk (unaccompanied luggage)
Syarat-syarat bayaran balik di bawah SBBP adalah:
- Pelancong/pelanggan mesti membawa keluar barangan tersebut dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian. Pelancong/pelanggan mesti membawa keluar barangan tersebut bersama mereka samada dengan bagasi yang diiringi/dibawa dengan tangan (accompanied luggage) atau bagasi yang tidak diiringi/ diperiksa masuk (check in/ unaccompanied luggage).
- Untuk melayakkan bayaran balik, pelancong/pelanggan mesti membelanjakan sekurang-kurangnya RM300.00 (termasuk CBP). Pengumpulan inbois bercukai adalah dibenarkan untuk memenuhi nilai ambang RM300.00 bagi pembelian yang dibuat pada hari yang berlainan dari Outlet/Kedai Diluluskan yang sama.
Sebagai pengusaha Outlet/Kedai Diluluskan, anda perlu menyimpan stok borang bayaran balik yang kosong di tempat yang berkunci (under lock and key) dan perlu mempunyai kawalan yang baik terhadap borang kosong atau borang yang sebahagiannya telah diisi. Ini akan memastikan tidak ada tuntutan yang tidak sah dibuat dibawah Skim Bayar Balik Pelancong. Benarkan hanya kakitangan yang diberi kuasa untuk mengendalikan terminal computer yang digunakan untuk mencetak borang bayaran balik.
Apabila seseorang pelancong asing (pelanggan) membeli barangan dari Outlet/ Kedai Diluluskan, perlu mengeluarkan inbois cukai atau resit dengan mengenakan CBP pada kadar yang telah ditetapkan dan anda juga perlu:
- Menyemak passport pelancong atau lain-lain dokumen yang berkaitan untuk tujuan pengesahan bahawa pelancong tersebut layak menuntut CBP di bawah SBBP.Anda perlu memberi peringatan kepada pelancong tersebut untuk membawa keluar barangan yang dibeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian. Pastikan pelancong akan meninggalkan Malaysia melalui mod udara dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian
- Lengkapkan borang bayaran balik CBP dalam 3 salinan. Salinan asal (salinan pelanggan/pelancong) dan salinan pendua (salinan pengusaha Outlet Diluluskan), beserta inbois cukai atau resit untuk pembelian tersebut perlu diserahkan kepada pelancong untuk diendos oleh JKDM. Salinan ketiga borang tuntutan bayaran balik perlu disimpan oleh pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan sebagai rekod dan untuk tujuan auditan
- Pastikan pelancong tersebut melengkapkan borang tuntutan bayaran balik di depan pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan dan pastikan pelancong tersebut adalah orang yang sama membeli barangan serta memhami syarat-syarat Skim Bayar Balik Pelancong sebelum menandatangani borang tersebut (Perlu ditegaskan SBBP tidak membenarkan wakil pelancong yang layak untuk samada membeli atau melengkapkan borang tuntutan bayaran balik CBP)
- Pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan perlu mengendos dan menandatangani borang tuntutan bayaran balik dan kemudiannya perlu juga ditandatangani oleh pelancong di depan pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan
- Menyediakan sampul surat beralamat sendiri dan postage berbayar kepada pelancong untuk tujuan mengembalikan borang tuntutan bayaran balik selepas diendos oleh JKDM kepad Ejen Bayaran Balik Diluluskan
- Berbincang dengan pelancong untuk menentukan mod bayaran balik tuntutan. Tuntutan boleh dibuat samada melalui wang tunai (jumlah tidak melebihi R300.00, melalui kad kredit, akaun bank atau cek bank. Pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan perlu memaklumkan kepad pelancong sekiranya diperlukan membayar fi pentadbiran/pemerosesan di bawah skim ini
- Menyatakan di atas inbois cukai atau resit samada dengan mengecop atau sebaliknya bahawa bayaran balik telah dikeluarkan, sebagai contoh "Borang Tuntutan Bayaran Balik SBBP Telah Dikeluarkan"
- Maklumkan kepada pelancong asing bahawa mereka dikehendaki mengemukakan barangan yang telah dibeli beserta inbois cukai atau resit dan borang tuntutan bayaran balik yang telah dilengkapkan kepada JKDM di Lapangan Terbang Antarabangsa bagi tujuan verifikasi dan pengendosan
- Menasihatkan pelancong untuk membawa dengan tangan barangan bersaiz kecil, sebagai bagasi yang diringi (accompanied luggage)
- Memaklumkan kepada pelancong untuk mengembalikan borang tuntutan bayaran balik yang telah diendos oleh JKDM dalam tempoh dua bulan kepada Ejen Bayaran Balik Diluluskan di mana-mana lapangan terbang antarabangsa.
Borang tuntutan bayaran balik adalah borang yang membolehkan para pelancong asing membuat tuntutan CBP yang telah dibayar ke atas pembelian barangan di Outlet/ Kedai Diluluskan. Borang ini dikeluarkan oleh pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan dan akan diverifikasi/diendos oleh JKDM sebagai bukti bahawa barangan tersebut telah dibawa keluar dari Malaysia.
(Sila rujuk contoh format borang bayaran balik seperti di Appendix 1
(Anda boleh masukkan apa-apa maklumat yang dirasakan perlu)
1. Bahagian A
(Untuk dilengkapkan oleh pengusaha Outlet/Kedai SBBP Diluluskan)
- Perkataan "PERMOHONAN OLEH PELANCONG UNTUK BAYARAN BALIK"
- Nombor siri
- Nama, alamat dan nombor pendaftaran CBP bagi pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan
- Inbois cukai atau nombor resit untuk barangan yang dijual di bawah SBBP
- Deskripsi sebenar barangan yang dijual
- Untuk setiap deskripsi, kuantiti barangan dan harga termasuk CBP dinyatakan dalam Ringgit Malaysia
- Jumlah besar yang perlu dibayar termasuk CBP/cukai, dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)
- Jumlah CBP yang perlu dibayar oleh pelancong/pelanggan
- Caj pentadbiran/fi pemerosesan (sekiranya ada dikenakan)
- Jumlah bersih CBP yang akan dibayar balik kepada pelancong/pelanggan
- Suatu deklarasi yang dibuat oleh pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan. (Untuk ditandatangani samada oleh pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan atau mana-mana orang yang diberi kuasa)
2. Bahagian B
(Untuk dilengkapkan oleh pelancong/pelanggan di depan pengusaha Outlet/Kedai Diluluskan)
- Butiran pelancong/pelanggan- nama, nombor passport, alamat rumah, tarikh lahir, tarikh ketibaan di Malaysia, tarikh akan berlepas dari Malaysia, kaedah atau mod bayaran yang dikehendaki; dan
- Suatu deklarasi yang dibuat oleh pelancong/pelanggan
3. Bahagian C
(Untuk dilengkapkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia)
- Pengendosan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM)- untuk tujuan validasi bahawa barangan yang dibeli akan dibawa keluar dari Malaysia
(Untuk muat turun salinan computer contoh borang bayaran balik, sila lawat laman web kami di http//www.customs.gov.my)
Anda perlu mengeluarkan borang bayaran balik pada hari yang sama anda menjual barangan kepada pelancong/pelanggan. Walau bagaimanapun, anda boleh mengeluarkan borang bayaran balik bagi penjualan yang telah dibuat dengan syarat anda mempunyai sistem yang membolehkan anda memastikan bahawa skim tersebut tidak akan dimanipulasi atau disalah guna serta berupaya menyemak perkara-perkara berikut:
- Pelancong/orang yang meminta borang bayaran balik adalah orang yang telah membeli barangan tersebut
- Outlet / Kedai Diluluskan telah mengeluarkan inbois cukai atau resit yang dikemukakan dan ianya merupakan inbois atau resit tulen
- Samada borang bayaran balik telah awal dikeluarkan untuk inbois cukai atau resit yang sekarang baru dikeluarkan/diadakan
- Outlet/ Kedai Diluluskan perlu membatalkan (invalidate) borang bayaran balik yang dikeluarkan untuk barangan yang dikembalikan
Sebelum apa-apa bayaran balik CBP dibuat, Ejen Bayaran Balik Diluluskan perlu:
- Memastikan borang bayaran balik telah diendos oleh JKDM dan ia diterima dalam tempoh 2 bulan dari tarikh ia diendos
- Semak untuk memastikan samada terdapat sebarang perubahan yang telah dibuat ke atas borang bayaran balik tersebut; dan
- Pada kebiasaannya, pegawai JKDM mungkin telah membuat beberapa perubahan dan ditandatangani untuk memperlihatkan jumlah barangan yang telah dibawa keluar dari Malaysia, sekiranya tidak mempunyai persamaan dengan deskripsi dan kuantiti seperti yang tercatat di dalam borang bayaran balik CBP. Sehubungan dengan ini, Ejen Bayaran Balik Diluluskan hanya perlu membayar balik jumlah CBP bagi barangan sebenar yang dibawa keluar. Pelancong hanya boleh menuntut jumlah sebenar CBP yang perlu dibayar balik (berdasarkan barangan yang dieksport) dan bukan jumlah CBP yang telah dibayar ke atas pembelian barangan seperti yang tercatat dalam borang bayaran balik
Sebagai Ejen Bayaran Balik Diluluskan anda mesti:
- Menjadi seorang yang berdaftar (GST registered person)
- Telah mengakaunkan cukai output pada kadar cukai yang ditetapkan (prevailing)
- Telah menerima borang bayaran balik SBBP yang telah diendos oleh JKDM dalam tempoh 2 bulan dari tarikh borang bayaran balik diendos oleh JKDM
- Telah membayar balik CBP kepada pelancong/pelanggan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh borang bayaran balik diendos oleh JKDM. Sekiranya membayar balik CBP melalui cek kepada pelancong/pelanggan, anda boleh mendapatkan kembali CBP dari JKDM hanya setelah cek itu ditunaikan oleh pelancong/pelanggan tersebut
- Jumlah cukai input dan bayaran balik akan diselaraskan (offset) dengan jumlah cukai output untuk tempoh bercukai yang ditetapkan. Anda mestilah juga mengepilkan pernyataan (statement) bersama penyata yang memperlihatkan jualan yang telah dibuat oleh pengusaha Kedai/ Outlet Diluluskan serta bayaran balik CBP yang telah dibuat di bawah skim ini untuk tempoh bercukai yang ditetapkan. Anda tidak perlu kepilkan borang bayaran balik CBP kepada penyata CBP, tetapi perlu menyimpan untuk tujuan auditan oleh pegawai JKDM
- Simpan dokumen dan rekod-rekod untuk tempoh 7 tahun untuk memperlihatkan syarat-syarat di para 9.6 (i) telah dipenuhi
Sekiranya pegawai JKDM boleh membuat verifikasi ke atas barangan yang akan dieksport (dibawa keluar dari Malaysia) oleh pelancong di borang bayaran balik SBBP, dengan itu permohonan bayaran balik tersebut boleh dipertimbangkan.
Bayaran balik tidak akan dipertimbangkan tanpa borang bayaran balik SBBP
Untuk kelayakan memohon reimbursement dari JKDM, adalah penting untuk mengekalkan/menyimpan dokumen-dokumen berikut untuk tempoh 7 tahun sebagai bukti kepada JKDM bahawa anda telah memenuhi semua syarat-syarat untuk menuntut reimbursement di bawah SBBP:
- Akaun yang berasingan untuk merekod jualan (oleh pengusaha Outlet/ Kedai Diluluskan) dan bayaran balik SBBP yang dibuat kepada pelancong yang layak di bawah skim ini
- Salinan-salinan inbois dan resit yang dikeluarkan untuk barangan yang telah dieksport
- Borang bayaran balik yang telah diendos dan diterima dari pelancong/ pelancong
- Bukti pembayaran telah dibuat kepada pelancong/ pelanggan. Anda dikehendaki mengekalkan rekod-rekod pembayaran bagi bayaran balik (cek, cek bank, kad kredit dan tunai) yang dikeluarkan sebagai sebahagian dari rekod perniagaan. Semua rekod-rekod ini perlu disimpan untuk keperluan auditan.